Isnin, 20 Februari 2012

Sejenak Di Kelas Pendidikan Khas

Bilik darjah Pendidikan Khas berdiri megah dari tahun ke setahun
Senarai Guru & Staf Pendidikan Khas SMKKP
 
1. Cikgu Jukhairi Japeri (PK Pendidikan Khas)
2. Cikgu Mohammad Khairurazi Hussain
3. Cikgu Mohamad Anas Mohamad Saman
4. Cikgu Suzaina Liza Ahmad
5. Cikgu Noor Aidawati Mat Hassan
6. Cikgu Siti Syafawati Mohd Anuar
7. Cikgu Nur Hanizah Zakaria
8. Cikgu Hazlina Mat Sapar
9. Cik Siti Rabitah (Pembantu Pengurusan Murid)
10. Cik Noorhafizah (Pembantu Pengurusan Murid)


Cuba anda tengok senarai nama di atas, dan fikir dan fikir dan terus berfikir. Apa yang anda fikirkan? Hebatkan.. Memang hebat. Nama2 di atas cukup hebat. Mari saya cerita satu demi satu.


Tekun sungguh cikgu2 pendidikan khas ni
Cikgu Jukhairi sebenarnya seorang yang pakar dalam protokol. Setiap percakapan dan hujahnya mempunyai rujukan yang kuat. Jangan main2 kalau nak berdebat dengannya. Untung kita ada cikgu hebat macam ni. Cikgu Khairurazi pula seorang yang hebat dalam kewangan, apa taknya. Harta2 dah bergunung2, semua satu Kupang ni, bukan dia yang punya hehehehe...Dan kelebihan dia, dia ada Ipad.. wow Ipad.. I Love it.. Seterusnya cikgu Anas, hangpa kenai dia dengan coach Cobra aje, tapi hangpa taktau dia lulusan apa? Nak tau? Dia lulusan Psikologi woo.. jangan main2, salah haribulan hangpa kena psikologi dengan dia.


Cikgu Khairurazi, pelopor pertama Pend Khas
Sapa lagi, ha.. Cikgu Aidawati dengan Cikgu Suzaina Liza. Puak dua orang ni lepasan Ijazah Pengurusan tau. Bab2 nak urus bendalah kecik ni kacang aje depa wat. Kadang2 malu dengan depa sbb kita ni x reti mana pun bab2 pengurusan. Leh kot jadi mentor saya lepas ni. Cikgu comel molek, Cikgu Syafawati lagi hangpa terkejut. Sebab pa? Dia ni orang meki.. tau meki tu menatang pa? Mekanikal la macha. Wo, bab2 enjin tok sah dok main la, kalah kita wo. Ni sorang lagi cikgu, Cikgu Hanizah. Hangpa tengok aje camtu, cuba tanya bab Account tengok. Uih, Ijazah account maklong sorang ni. Last sekali cikgu rempit ni, gen2 dia mak aih, sekali start, terkejut Pakdin tengah kira duit. Cikgu Hazlina ni adalah lulusan Sains Politik. Kemaih, ada orang pandai politik dalam sekolah kita. Wah wah wah, minggu depan suruh dia berucap atas stage pa...


Hasil kreativiti pelajar Pendidikan Khas
Hebat hebat hebat cikgu pendidikan khas sebenarnya. Complete set lengkap segalanya. Tu tak masuk dengan Pembantu Pengurusan Murid ni. Depa 2 orang ni ada ijazah wo, jangan memain. Cik Hafizah ada ijazah dalam Sains Perpustakaan. Patutlah bilik Pendidikan Khas dah jadi mcm library dah. Cik Rabitah pulak ijazah dalam kewangan. Ooo tak dak masalah la bab2 duit ni. Untung sungguh puak2 pendidikan khas ni. Apa2 pun kami ucapkan terima kasih atas semua warga pendidikan dan pengurusan pendidikan khas. Anda melakukan kerja2 mulia. ada rezeki hulur skit sekupang dua kat saya yang dok promote ni. Bandung cincau Pakdin pun jadilah.. Ada Bran??


Antara pencapaian pelajar Pendidikan Khas, sebenarnya ada banyak lagi. Tapi dok dalam semua. Nak tengok nanti saya snap.

4 ulasan:

  1. daripada satu bilik jadi 6 bilik.. tak lama lagi koperasi tunggu masa. :-)

    BalasPadam
  2. kalau bleh nak arung semua dr bilik akses sampai bilik gk

    BalasPadam
  3. aduyai.. ambik la koperasi dlu. pastu ambik jawatan guru penyelaras koperasi. angpakan ada lulusan ijazah pengurusan, kewangan pun ada

    BalasPadam