Sabtu, 18 Februari 2012

Anak Cobra Terkesima

Skuad anak Cobra sugul selepas perlawanan
Mau tak mau hakikat tetap kena terima. Permulaan yang baik akhirnya kesudahan dengan seri 1-1. Inilah yang berlaku pada petang khamis yang lalu. Padang SMK Jerai menjadi saksi apabila kita  terlalu rasa selesa dengan kedudukan semasa. Sebelum perlawanan coach Anas dan coach Rahiman memang mengharapkan kemenangan untuk melayakkan pasukan ke peringkat daerah. Cuma nasib tak menyebelahi kita yang kita hanya di tempat kedua. Tu pun sebab SMK Abang Bakar kelebihan jaringan. Mata Cobra dengan depa sama aje. Tapi dengar2 cerita yang rombakan akan dibuat. Ada kemungkinan juga 2 pasukan setiap zon akan layak ke peringkat daerah. Tunggu aje lah keputusan pihak pengerusi kejohanan. Apa2pun tahniah buat pasukan anak cobra. Tahun ni tersepit, tahun depa, hang patuk la sapa hang suka, janji rock. hahaha..

Tokey tanah gelak besaq. Mesti ada orang dok borak pasal nak jual tanah kot area2 Jerai ni

Abang commentater ESPN rehat jap hilang penat berkomentar

Suasana di bangku simpanan, nampaknya player2 senior sedang menunggu masa untuk di masukkan. hehe

Raut wajah kecewa yang dipaparkan oleh coach Rahiman. Takpa, tahun depan ada lagi.

Peminat kecil ni pun confius, napa semua sedih padahal keputusan seri.. Tanyalah ayah anda ye dik, abang nak bagitau nanti hang tak faham pula

Banyak yang perlu dipelajari dari kesilapan lalu. Anda berpotensi, cuma perlu lebih gigih dan percaya pada kebolehan diri sendiri

Coach Zalman berbincang dengan bekas manager Cobra untuk meletak jawatan apabila skuad Cobra U18 kalah kesemua perlawanan.

Bola biarlah bola, FB jangan dilupa. Sempat lagi tu. Survay harga tanah ke Cikgu Razi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan