Isnin, 13 Februari 2012

Cobra Bawah 15 Tahun Mengganas

Aksi skuad bawah 15 tahun beraksi di padang
Hari yang ditunggu sudah tiba. Alahai punya la semangat berkobar-kobar dari pagi lagi nak tengok first game team SMK Kuala Pegang turun padang. Maka petang tadi berlangsunglah pertembungan bola sepak antara SMK Kuala Pegang dengan SMK Agama Baling. Game pertama berlangsung bagi kategori Bawah 15 tahun berkesudahan dengan kemenangan 2-1. Malangnya saya tak sempat nak saksikan gol-gol tersebut kerana mai-mai ja dah 2-1. Tahniah buat skuad bawah 15 Tahun terutamanya kepada coach-coachnya, Cikgu Rahiman dan Cikgu Anas. Satu permulaan yang baik dan harus diteruskan untuk game seterusnya.

Berjuang sehingga ke tepi padang
Memang tak sangka juga yang skuad 15 tahun dapat beri tentangan hebat kepada geng2 Agama Baling ni. Bila dilihat dari segi pencapaian lepas, kita tak mengharapkan satu keajaiban dari mereka. Tapi saya percaya, ini adalah usaha berterusan daripada pemain-pemain dan juga jurulatih yang tak kenal erti jemu. Itulah dikatakan Usaha Tangga Kejayaan. Tengok aje gambar sebelah ni, betapa bersungguh-sungguhnya mereka berjuang sehingga penonton pun terpegun dengan aksi mereka. Ramai juga yang datang, terutamanya kepada waris-waris pemain yang datang memberi sokongan padu. Canggih sungguh waris-waris SMK Kuala Pegang ni. Camnilah...

Salam, jangan tak salam
Ni lak masa game dah tamat, saya dan kawan-kawan punya la syok. Apa taknye, team Cobra kita menang. Maksudnya ada lah harapan nak menang lagi esok. Orang cakap moral naik la kalau dapat menang first game ni. Dok tengok player kita pun puas hati jugak. Tu dia sesi salam menyalam selepas tamat permainan. Macam tengok final Piala Malaysia la pulak. Apa-apapun tahniahlah kepada mereka.. Jadi saya paparkan sedikit gambar kejayaan pasukan Cobra 15 Tahun SMK Kuala Pegang. Jumpa esok di gelanggang yang sama. Awas Bakai, akan Cobra ketit jadi bangkai.. hehehehe..

Aduhai, air pun dah tinggal titisan terakhir. Ingat orang belakang sama

Walaupun nampak penat, tetapi yang pasti mereka berbangga dengan persembahan yang telah diberikan


Cikgu Rahiman dan Cikgu Anas sedang memberi taklimat dan merencanakan strategik untuk perlawanan akan datang bertemu SMK Bakai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan