Selasa, 21 Februari 2012

Kisah Suka Duka APDM

Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
Ustazah Zaleha tekun mengemaskini data
Lupa nak bagitau semua hari Khamis yang lepas, saya buka la emel sekolah, ada surat tentang pengemaskinian data APDM. saya tau lama dah menantang ni, tapi dah surat tak sampai sekolah, maka wat tak tau je la. Bila sampai petang khamis, so hari Ahad saya buat sedikit taklimat pada guru kelas. Punyalah kelam kabut cikgu2 kita, sedih ada, suka ada, kesian pun ada. Apa taknya, kena siapkan sebelum hari jumaat. So hari tu full day saya wat taklimat aje kat Pusat Akses. Ada yang buat siap, ada yang tak siap, ada masalah server, ada masa itu ini. Maklumlah, tahap kecekapan setiap orang tak sama. Saya ni punyalah semangat nak buat dokumenatasi sampai terlupa ambik gambar.

Cikgu Amzar pun rajin jugak. Baguih2..
So semalam saya dok nampak cikgu Amzar dengan Ustazah Zaleha dok wat pengemaskinian data, saya pun suruh depa action la sat bagi ada bukti yang pengemaskinian dibuat. Kepada cikgu2 kelas, saya nak minta maaflah atas segala kesulitan yang terpaksa cikgu harungi. Saya hanya menjalankan tugas sahaja. Kadang2, kita tau cikgu2 banyak juga kerja lain, tapi saya yakin cikgu2 di SMK Kuala Pegang semua baguih2.. Tu dia terbukti dok ada, semua bagi perhatian semasa saya buat taklimat. Terima kasih kepada cikgu2 semua. Jangan lupa dateline ye cikgu2.. Selamat mengemaskini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan