Isnin, 27 Februari 2012

Pertandingan Bahas Ala Parlimen

SMK Kuala Pegang jadi tuan rumah bahas
Sabtu lalu SMK Kuala Pegang menjadi hos bagi pertandingan bahas ala parlimen peringkat Daerah Baling Sik. Uihh, meriah la sangat hari tu. Pertandingan ni buat secara kalah mati. SMK Kuala Pegang awai2 tu lawan dengan SMK Kuala Ketil pada pusingan pertama. Uihh menang la sebab tajuk dok prepare awal lagi. Tajuk pula pasal laman sosial, bebudak kita ni memang suka bersosial di laman sosial, sungguh mudah mematahkan serangan dari SMK Kuala Ketil. Mai pusingan kedua kita dapat bye sebab SMK Jeneri tak hantar wakil. 

Cikgu Khursiah bertungkus lumus bagi pendapat
Masa dok wat persediaan untuk pusingan ketiga lawan SMK Baling, memang cuak dah saya tengok bebudak kita. Tajuk mudah aje, tentang sukan. Mungkin depa cuak sebab nak lawan dengan sekolah bebudak pandai kot. Arghhh, saya pun lantas pi la bantu depa skit2 bagi idea. Maklumlah, ada la pengetahuan skit2 tentang sukan. Dulu2 pun memang cita2 nak jadi wartawan sukan. Hikhikhik... Oh lupa, cikgu Sabri Rashid pun sama2 tolong bagi idea. So pusingan ketiga nak bermula, saya dengan cikgu Sabri semangat la nak pi tengok alang2 nak snap2 pic skit.

Ni dia Perdana Menteri SMK Baling. Baik punya lenggok gaya bahasa dengan gerakkan anggota badan menyebabkan saya sendiri pun tersenyum. Nak gelak tapi tak jadi. Hebat sungguh
Dok aje kat bilik bahas tu (kelas 4 Azam), saya tengok geng SMK Baling, perghh muka jernih aje, mcm ada "nur" je.. Yakin betul depa, tambah2 pula Perdana Menteri Baling berdiri untuk menegakkan bagi pihak kerajaan. Dia sebut "Assalamualaikum salam sejahtera membuka bicara... bla bla bla.." saya dengar tu saya tau dah mesti kena belasah la bebudak kita. Dengan lenggok tangan ala2 nak bersilat pun ada, macam gaban pun ada, memang mencuakkan budak2 kita. Mai pula Perdana Menteri kita mencantas idea2 bebudak Baling macam tak menyakinkan ajer. Lepas tu, saya pun blah la dari tu. Tak sanggup lagi nak tengok bebudak kita.. 

PM kita sedang berbahas.
Tapi takpa lah, itu namanya pengalaman. Kalau tak masuk, tak la reti nak berbahas kan. Oh lupa, maaflah pic final tak ambik. Balik awal tak larat nak tunggu sampai abis. Apa2 pun final antara SMK Sik dengan SMK Agama Sik. Pemenang dia adalah.. ish lupa pulak, tadi je ingat, apa2 pun puak2 Sik la menang. Sebelum nak katup cerita, malam tu saya mimpi saya yang join bahas, mengigau ke tidak tah la.. hanya insan sebelah sahaja yang tahu..Nanti2 harap2 lepas ni ada la pulak bahas ala parlimen antara guru2 mewakili panitia2. Mesti panitia maths menang lah.

Tu dia baik punya cikgu dia dok atuq strategik. Sekolah mana lupa pula nak tanya, tapi geng ni mcm yakin aje.

Ni masa pusingan awal ni, sekolah mana tak tau. Pakai ambik gambo ajer

Ni pulak geng2 urusetia. Memang urus dengan setia la, tunggu la dalam Bilik Gerakan sampai petang

Baik punya carta. Tengok mana dia kedudukan sekolah kita.

Tuan Haji dok tengah update sapa menang, sapa kalah untuk dibuat laporan terkini.

Ha, Baling lawan Kuala Pegang, masa ni la best sebab saya sendiri nak tergelak tengok PM dia berbicara, sungguh berbakat. Tahniah

Penjaga masa tak makan rasuah punya. Speka pun tenang aje.

Ahli parlimen kita senyap aje. Tak nak bangun bangkang ke?

1 ulasan: