Rabu, 15 Februari 2012

Koop Ada Boss Baru

Kooperasi SMKKP sudah ada boss baru
Seperti mana yang kita ketahui pada bulan Disember yang lepas, kita telah kehilangan seorang guru yang begitu berkaliber iaitu Allahyarham Cikgu Muzni bin Feshal. Kehilangannya sekaligus membawa kepada kehilangan yang amat besar kepada pihak sekolah terutamanya kepada pengurusan koperasi sekolah. Tetapi, pepatah ada mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti". Mujurlah ada cikgu Tarmizi Man yang sudi menanggung tugas yang amat berat ni. Bukan calang2 orang boleh menjadi pengurus koperasi.

Perbincangan antara ahli tertinggi koperasi
Kehadiran cikgu Tarmizi Man memang tepat pada masanya. Sebelum ini kita kenal cikgu Tarmizi adalah sorang guru Matematik. Tetapi untuk pengetahuan anda, beliau mempunyai kelayakan ijazah dalam Perakaunan. Jadi, tak jadi masalah lagilah kepada beliau untuk sesuaikan diri dengan dunia perniagaan ni. Bukan senang tau, nak kira bab2 duit ni kena cari betul2 org yang sanggup galas tanggungjawab. Silap pilih orang, tak pasal2 masuk poket dia. Kepada cikgu Tarmizi Man, kami percayakan anda, dan yakinlah anda memang boleh lakukan yang terbaik. Yang paling penting adalah ikhlas dalam kerja sekaligus mendapat pahala yang telah dijanjikan. Selamat bertugas Boss....

Bukan setakat student aje membeli, ustazah rohani pun layan beli kat koperasi jugak. Betapa pentingnya koperasi ni
 
Antara barangan yang terdapat di koperasi. Saja nak promote kot2 dapat tajaan ais krim free ke

2 ulasan:

  1. Selamat maju jaya Koperasi SMKKP.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah... moga semua urusan yang dijalankan lancar tanpa ada penyelewengan... dan semoga roh Allahyarham Cikgu Muzni bin Feshal dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang bertaqwa...

    BalasPadam