Selasa, 14 Februari 2012

Perjumpaan Persatuan Beruniform

Cikgu Lee segak bergaya mengenakan pakaian Pengakap
Tak salah saya, ni lah kali kedua perjumpaan persatuan beruniform dibuat dalam tahun 2012 ni. Yang kali pertama tu rasanya masa mesyuarat agung awal tahun lalu. Maaflah tak pasti sebab saya tak handle persatuan ni, cuma handle motorsikal aje yang ada. Apa2 pun tahniah kepada semua persatuan, kepada pelajar dan guru yang telah membuat perjumpaan sekaligus melaksanakan aktiviti kepada pelajar. Semoga aktiviti yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada mereka.

Tak reti dok diam geng polis sentri ni
Nampaknya tahun ni macam OK sikit kot, sebab budak2 dah kena kepung dengan Cikgu Mi, tak leh balik awal. Mau tak mau depa kena hadiri jugak perjumpaan walaupun pada hakikat ada yang langsung tak pernah hadiri sampai Penasihat Persatuan pun tak kenal. Gambaq sebelah ni geng2 Kadet Polis yang dikendalikan oleh Cikgu Azmi dan Cikgu Wan Azlen Zalman. Nampaknya tahun ni Cikgu Mi nak turun ilmu kepolisan kepada Cikgu Zalman la pulak. Kata cikgu Azmi, bagi orang muda2 la pulak. Kami dah tak rok dah.


Acara menghidu bau longkang. Terbaek..
Lain-lain persatuan nampaknya semua cargas2 awal2 tahun ni. Kadet Remaja Sekolah kendalian Cikgu Noreizaton mai sorok2 pulak. Jenuh saya dok cari tang mana depa dok, rupanya dok celah belakang Pusat Akses. Ha kantoi dan jumpa, saya pun snap2 skit. Tengok ajelah gambar depa dok, susun macam keretapi Senandung Langkawi. Aduh rindu pula lama tak naik keretapi. Begitu juga dengan Pandu Puteri kendalian Teacher Mandip, Puteri Islam kendalian Ustazah Hasnah dan juga PBSM kendalian Teacher Pauline. Semuanya penuh semangat menjalankan aktiviti.


Tulis jangan tak tulis, bukti hadir tu.
Oh sebelum terlupa, kesian gak pada geng2 Kadet Bomba. Guru penasihat depa tak dapat hadir kerana ada urusan diluar. Nak mudah cerita saya suruh depa tulis nama kehadiran dan ambik gambaq sekerat dua. Nampaknya leh senyum tu kira ok la kot. Apa2 pun tahniah pada mereka yang telah hadir aktiviti petang ni. Uihh bukan senang nak mai tunggu sampai petang2, tengah panas pulak tu. Maklumlah nak jaga kulit takut gelap. Tapi apa nak kisah, Fair and Lovely kan ada. Apa lagi, balik ni gosok la puas2, boh bedak 14 inci. Putih la balik. Untuk anda, saya paparkan serba sedikit gambar aktiviti kokurikulum petang tadi. Selamat menonton. Tiket free je.


Wajah-wajah Puteri Islam. Ayunye..

Pengakap memang terbaek. Full memanjang

Maybe Ustazah Hasnah sedang ajar cara sedawa dengan betul hehehe
 
Tekun sungguh ahli PBSM menulis nota
Segak betul Teacher Mandip. Biru mata hitamku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan