Selasa, 14 Februari 2012

Jadi "Bakei" Dilenyek Bakai

Aksi ceroi skuad Cobra U18
Bukan 1, bukan 2, tapi 4. Tulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Skuad Cobra U18. Kekalahan 1-4 kepada SMK Bakai petang ni sebenarnya telah memberi isyarat bahawa pintu ke peringkat Daerah telah tertutup rapat. Bagi Cikgu Shukri, coach Cobra U18, beliau telah menjangkakan kekalahan ini setelah pemain menunjukkan aksi ceroi pada separuh masa kedua. Tiga gol lewat telah menceritakan segalanya. Walau bagaimanapun, skuad Cobra U18 kita bermula agak baik dan mendahului SMK Bakai hasil jaringan Rohaizat. Tetapi kelekaan dan sikap ambil mudah pemain menyebabkan player Bakai bangkit lalu menyamakan kedudukan.

Time rehat, ambik masa untuk bernafas
Melihat kepada ketumpulan barisan penyerang, coach Shukri buat tindakan drastik dengan memasukkan Najib, kot2 boleh mengubah situasi permainan. Masa 2nd half tu Najib dapat juga beberapa peluang, tapi asyik fail aje bila bola di kaki dia. Dok tengok2 Najib jugak kurang dapat support dari sayap dan juga dari barisan tengah. Player lain pun banyak dah ceroi dah, nampak keletihan. Lepas Bakai boh lagi satu gol tu, nampak terus moral down. Macam tak leh wat apa dah. Hujan renyai2 macam petanda aje untuk menghalau kita keluar awal dari saingan. Saya pun macam rasa nak balik terus aje tapi kesian kat coach Shukri, saya teman dia sat. 

Coach Shukri tak jemu bagi kata perangsang
Masa habis game, coach Shukri tak tunjuk kekecewaan sangat cuma beliau harapkan game menentang Syed Burn esok, mainlah macam biasa. Walaupun dah terkeluar dari saingan, tapi maruah kenalah jaga. Harap2 pemain dapat ambik iktibar dari kekalahan kedua ini dan terus bangkit pada game esok. Jadi, esok ada medan terbaik kepada player2 simpanan untuk tunjukkan aksi. Jangan jadi pak pacak dalam padang aje. Hangpa semua ni harapan untuk tahun2 akan datang. Persoalannya, adakah esok kita leh bantai Syed Burn atau sekali lagi kita kena Burn dalam ketuhar... goreng pun sodap.


Penerangan sebelum game bermula. Nampak macam OK aje masa ni. Semuanya macam faham aje apa Coach cakap

Rozaihat mengepaw sebakul sunquick kawan2 hat lain sebab dia bubuh 1 gol

1 ulasan:

  1. kontrak coach tidak akan disambung lagi, yang sentiasa disambung hanyalah kontrak latihan -reuters

    BalasPadam