Rabu, 22 Februari 2012

Jom Masuk Insaniah

Antara wakil KUIN yang hadir
Semalam ada geng2 Kolej Insaniah mai sekolah. Dalam fikiran saya dok fikir dah, ni mai mesti nak promote budak2 masuk kolej depa. Memang betui pun. Depa mai nak buat skit taklimat berkaitan dengan kursus2 yang ditawarkan di Insaniah. Oh lupa nak bagitau, Kolej Insaniah lani dah bertukar nama iaitu Kolej Universiti Insaniah ataupun KUIN.. Tau KUIN? Bukan kuining, tu buah macam buah mempelam tu. Kehadiran depa 4 orang semuanya, disambut oleh cikgu Badri. Saya dok tengok cg Badri punyalah bizi, so saya jengok2 la sat kat dewan sambil2 nak snap gambar untuk blog ni. Untuk taklimat ni memula bagi pada pelajar tingkatan 5G, 5C dan 5A, pastu nampak macam tak ramai aje, saya pi panggil tingkatan 4G sama.

Paklong KUIN sedang bagi ceramah
Brader sebelah ni tah apa nama, dia la dok bagi taklimat awal. Kebanyakkan isi kandungan ceramah depa berkisarkan kepada kursus2 yang ditawarkan yang bersesuaian dengan pelajar kita. Lepas tu depa cakap2 skit pasal prasyarat nak masuk, dari segi berapa kredit yang diperlukan dan macam2 lagi. Saya tak la pi dengar mana sangat, tapi benda2 ni standard la depa akan cakap. Tak kan depa nak cakap pasal cara2 nak tanam pokok cabai kot. Mesti la promote. Tapi biasa la budak2 kita, hat mai tu cakap KL, budak2 pun mengajuk la. Tu rasalah last kot depa mai, tahun2 depa sah tak mai dah. Apa2 pun ucapan terima kasih kepada geng2 yang mai promote KUIN kepada pelajar SMK Kuala Pegang. Diharap pelajar yang mengikuti ceramah tu dapat tau serba skit tentang dunia pengajian diperingkat yang lebih tinggi. 

Para pelajar dok menunggu kehadiran penceramah, tak mai lagi

Bengang cikgu Badri sebab kerusi banyak kosong kat depan, pelajar wat dek aje dok belakang. Main aci nyorok ker

Ni muka2 semangat dok menunggu taklimat

Ha,ha, ha, sat ja, pastu pakat layu habis

Maklong KUIN ni mesti teruja dengan IPad cikgu Badri. Mesti dok tanya beli tang mana, berapa harga, bleh utang ke dak

Pegawai KUIN ni semangat betul bagi kata2 aluan memperkenalkan KUIN kepada pelajar

Alang2 mai, siap bawak banner lagi. Ni dia antara kursus yang ditawarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan