Sabtu, 25 Februari 2012

Rebonding Bilik Guru Kanan

Susunan meja yang lebih kemas dan selesa
Bilik Guru Kanan buat rebonding? Ha, jangan terkejut ye. Bukan rambut aje boleh buat rebonding, tp bilik Guru Kanan pun boleh. Guna jari pun boleh. Haha.. Bukan buat apa sangat pun, cuma ada sedikit pembaharuan aje. Bilik Guru Kanan yang lebih familiar disebut Bilik GK ni berserabut dah tengok. Sapa masuk pasti serabut. Ye lah, dengan keadaan lantainya yang kotor dan berdebu, susunan buku meja yang berselerak dan pendek kata memang sakit mata memandang. Dengan inisiatif kami, yang dibantu oleh cikgu yang berpengaruh besar, Cg Rizal, dapatlah satu idea untuk memberi pembaharuan terhadap bilik GK ni. Menurut cg rizal, bilik ini sesuai dijadikan centre kepada data2 yang terdapat di sekolah kita.

Betapa serabainya sebelum dibuat rebonding
Maka, tanggal 23 Feb 2012 iaitu Khamis lalu, pakat la bergotong-royong membersihkan bilik ni. Semua kerusi, meja, almari, komputer diangkat keluar untuk memberi laluan kepada pemasangan tikaq getah. TQ jugak pada En Sopi yang sudi adjust2 dapatkan tikaq ni. Dah niat lama dah nak boh, tp takut peruntukkan tak ada. Mula2 takut tak cukup, boh punya boh, maka ngam2 aje cukup. Lepas tu penyusunan kerusi meja, almari semua lah dibuat. Wah, ramai terpegun, wat cewi mai lepak sini la lepas ni.

Pandangan dari Meja Teacher Mandip
Terima kasih kepada cikgu2 yang sudi membantu dalam menceriakan bilik GK ni. Kepada cikgu Rizal, cikgu Kamal Sulaiman, cikgu Wan Azlen Zalman, cikgu Tarmizi, cikgu Mandip dan saya sendiri bekerja sama demi keceriaan bilik ini. Inilah hadiah yang kami berikan kepada semua 4 orang GK, kerana kami hanya menumpang seketika di sini. Perjalanan kami semua masih jauh, tah esok lusa x tahu lagi kami ke mana. Terima kasih kerana sudi menerima kami menjadi warga Bilik GK.

Eee.. kotornya, sebab tu kami perlu buat keceriaan bilik ni. Mujurlah pihak pentadbiran membenarnya. Kalau dok tunggu sebulan 2 lagi, ular sawa pun wat port lena dia

Cikgu Zalman sedang menyusun buku2 dan kertas2 yang tidak digunakan supaya boleh dijual

Dah siap boh tikaq getah, cantik betul kalau tak dak meja. Pakat2 dok bawah pun best

Hilang penat, lepak sebentar. Kalau bawak mai nasi 1 hidang perghh mesti masyuk ni. Buat la tahlil sepam dua.

Nampak ceria cikgu Kamal bila bilik dah kemas. Buat kerja pun bersemangat waja seperti kereta wajanya

Cikgu Sabri pun suka bila bilik GK dah ceria, leh la dia lepak2 sini selalu sambil menghilangkan ketensionan selepas melayan karenah budak2
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan