Isnin, 13 Februari 2012

Cobra Bawah 18 Tahun Kena Patuk

Tak sabar nak masuk padang. Maklumlah nak tunjuk bakat
Ramai penonton menunggu game bawah 18 tahun. Ramai sungguh yang datang, dengan warisnya la, cikgu-cikgu dan juga penonton-penonton luar. Ada juga yang hantar pengintai dari SMK Syed Burn yang mai. Takpa lah, janji tak buat kecoh. Team Cobra 18 ni sebenarnya tahun ni dianggap antara termantap juga. Banyak player pernah main tahun lepas. Tengok saja dari keeper dan bek, kira OK dah tu. Cuma pemain tengah dan penyerang saja yang kebanyakkan diupgrade dari Cobra 15 Tahun. Pendek kata, skuad ni memang mantap.
  

Kekecewaan pemain kita selepas melepaskan gol mudah
Time masa friendly pun, dok menang aje. Geng2 lain dok cuak dah, ckp Kuala Pegang memang hebat. Bertiup sepoi-sepoi bahasa juga angin tu hinggakan ramai tak sabar nak tengok game ni. Bila game mula, tanda-tanda nak hebat tu ada, seimbang pun ada. Bila dah boh gol pertama tu punya seronok, siap dengan mercun lagi. Maybe terlalu over confident, akhirnya Agama Baling dapat menyamakan kedudukan. Gol agama sebenarnya tak lah hebat mana, cuma kesilapan antara pertahanan dan keeper kita menjadi punca gol tersebut terhasil. Saya ada tanya keeper sebab apa jadi macam tu, rupanya dia gugup. Biasa lah, bila dah over confident campur pula gugup maka tak leh nak kata apa lah.



Terbanglah burung terbang, terbanglah tinggi2
Ha, cuba tengok player no 5 Agama Baling ni, punya la seronok lepas bubuh gol. Paling hangat dok wat eksyen gosok kasut pulak. Aduh hangat-hangat. Tapi tahniah la buat dia ni sebab dia main memang karan jugak. Khairul tertewas kali kedua. Saya tengok khairul memang bengang jugak. Masa ni saya dengan cikgu Tarmizi cuba panggil dia suruh dia cool skit dan jaga baran dia, takut menjejaskan permainan. Masa ni rancak juga permainan, tapi Agama Baling banyak kuasai permainan. Mujurlah Khalid banyak membantu hinggakan dia pun terencut-encut. Masa waktu rehat, saya tengok lutut Khalid cedera tapi kerana semangat Kapten Cobra ni, dia tetap ingin bermain.

Muka-muka kecewa selepas tewas kepada Agama Baling
Dan akhirnya gambar sebelah menjadi saksi kekalahan Cobra 2-3 kepada Agama Baling setelah berhempas pulas 70 minit di atas padang. Walaupun kalah, sebenarnya potensi pemain memang ada, cuma orang cakap luck aje takde. Biasa la, bila game first pakat2 nak tunjuk bakat tanpa memikirkan nak main secara teamwork. Walaupun kekalahan diterima, pada hakikatnya Cobra masih mempunyai peluang dengan syarat kalau boleh kena menang semua games lepas ni. Esok menjadi saksi samada Cobra 18 Tahun dapat terus memberi saingan ataupun terpaksa mengucapkan Goodbye.. Selamat berjuang Cobra 18. Saya tinggalkan anda dengan aksi-aksi kekecewaan Cobra setelah diratah oleh geng2 Ustaz dalam pembikinan.

Masa training corner kick

Haft time, geng2 Cobra 18 dok terima rawatan

Ambik masa untuk rehat, sempat lagi bergurau senda

Ni masa dah tamat, Cikgu Shukri merangkap coach punya la bengang

Dah kalah, kena la buka kasut

Ni mamat hensem a.k.a Ustat Hensem nak mai salam dengan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan