Jumaat, 17 Februari 2012

Pusat Akses Berwajah Baru

Susunan baru Pusat Akses Sekolah
Lama sungguh saya tak jengok Pusat Akses kita. Semalam, terasa hati nak pi jengok, alangkah terkejut beruknya, dah banyak sungguh perubahan yang ada. Dari segi susun atur mejanya, langsirnya, semualah menampakkan sangat menarik. Terjuga betul saya lihat. Ni lah dikatakan perubahan. Tahniah kepada Cikgu Shakina, En Abdullah dan pelajar yang terlibat dalam Briged Bestari. Mereka semua sungguh tekun dalam usaha untuk membudayakan ICT dalam komuniti sekolah. Jadi, saya sarankan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin menggunakan kemudahan Pusat Akses, jangan segan2, malu2. Pusat Akses adalah untuk kita semua. Fungsinya tetap sama, iaitu memberi kemudahan ICT, internet dan juga khidmat nasihat dalam ICT.

Guru Shakina, Penyelaras Pusat Akses
Kita sungguh bertuah mempunyai seorang guru ICT yang sangat pakar dalam dunia komputer. Dan kita juga bertuah ada sorang juruteknik yang amat pakar dalam pelbagai kemahiran, tak kiralah hardware dan software. Jadi, kalau kita ada masalah atau nak belajar sesuatu tu, agak2 depa ni boleh bantu kita. Rasa best juga kalau budak2 sekolah kita dan guru2 dapat belajar buat blog yang simple2 macam ni. Amacam Shakina, boleh ke buat kursus bina Blog kat Pusat Akses? Sayalah orang pertama akan hadiri.. hikhikhik


Ahli Briged Bestari sedang bertugas bagi menceriakan Pusat Akses

Sekumpulan pelajar sedang menggunakan kemudahan Pusat Akses pada sebelah petang

Aik, main games aje ke. Baru aje nak puji, tak jadilah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan