Isnin, 27 Februari 2012

Pertandingan Bahas Ala Parlimen

SMK Kuala Pegang jadi tuan rumah bahas
Sabtu lalu SMK Kuala Pegang menjadi hos bagi pertandingan bahas ala parlimen peringkat Daerah Baling Sik. Uihh, meriah la sangat hari tu. Pertandingan ni buat secara kalah mati. SMK Kuala Pegang awai2 tu lawan dengan SMK Kuala Ketil pada pusingan pertama. Uihh menang la sebab tajuk dok prepare awal lagi. Tajuk pula pasal laman sosial, bebudak kita ni memang suka bersosial di laman sosial, sungguh mudah mematahkan serangan dari SMK Kuala Ketil. Mai pusingan kedua kita dapat bye sebab SMK Jeneri tak hantar wakil. 

Cikgu Khursiah bertungkus lumus bagi pendapat
Masa dok wat persediaan untuk pusingan ketiga lawan SMK Baling, memang cuak dah saya tengok bebudak kita. Tajuk mudah aje, tentang sukan. Mungkin depa cuak sebab nak lawan dengan sekolah bebudak pandai kot. Arghhh, saya pun lantas pi la bantu depa skit2 bagi idea. Maklumlah, ada la pengetahuan skit2 tentang sukan. Dulu2 pun memang cita2 nak jadi wartawan sukan. Hikhikhik... Oh lupa, cikgu Sabri Rashid pun sama2 tolong bagi idea. So pusingan ketiga nak bermula, saya dengan cikgu Sabri semangat la nak pi tengok alang2 nak snap2 pic skit.

Ni dia Perdana Menteri SMK Baling. Baik punya lenggok gaya bahasa dengan gerakkan anggota badan menyebabkan saya sendiri pun tersenyum. Nak gelak tapi tak jadi. Hebat sungguh
Dok aje kat bilik bahas tu (kelas 4 Azam), saya tengok geng SMK Baling, perghh muka jernih aje, mcm ada "nur" je.. Yakin betul depa, tambah2 pula Perdana Menteri Baling berdiri untuk menegakkan bagi pihak kerajaan. Dia sebut "Assalamualaikum salam sejahtera membuka bicara... bla bla bla.." saya dengar tu saya tau dah mesti kena belasah la bebudak kita. Dengan lenggok tangan ala2 nak bersilat pun ada, macam gaban pun ada, memang mencuakkan budak2 kita. Mai pula Perdana Menteri kita mencantas idea2 bebudak Baling macam tak menyakinkan ajer. Lepas tu, saya pun blah la dari tu. Tak sanggup lagi nak tengok bebudak kita.. 

PM kita sedang berbahas.
Tapi takpa lah, itu namanya pengalaman. Kalau tak masuk, tak la reti nak berbahas kan. Oh lupa, maaflah pic final tak ambik. Balik awal tak larat nak tunggu sampai abis. Apa2 pun final antara SMK Sik dengan SMK Agama Sik. Pemenang dia adalah.. ish lupa pulak, tadi je ingat, apa2 pun puak2 Sik la menang. Sebelum nak katup cerita, malam tu saya mimpi saya yang join bahas, mengigau ke tidak tah la.. hanya insan sebelah sahaja yang tahu..Nanti2 harap2 lepas ni ada la pulak bahas ala parlimen antara guru2 mewakili panitia2. Mesti panitia maths menang lah.

Tu dia baik punya cikgu dia dok atuq strategik. Sekolah mana lupa pula nak tanya, tapi geng ni mcm yakin aje.

Ni masa pusingan awal ni, sekolah mana tak tau. Pakai ambik gambo ajer

Ni pulak geng2 urusetia. Memang urus dengan setia la, tunggu la dalam Bilik Gerakan sampai petang

Baik punya carta. Tengok mana dia kedudukan sekolah kita.

Tuan Haji dok tengah update sapa menang, sapa kalah untuk dibuat laporan terkini.

Ha, Baling lawan Kuala Pegang, masa ni la best sebab saya sendiri nak tergelak tengok PM dia berbicara, sungguh berbakat. Tahniah

Penjaga masa tak makan rasuah punya. Speka pun tenang aje.

Ahli parlimen kita senyap aje. Tak nak bangun bangkang ke?

Sabtu, 25 Februari 2012

Rebonding Bilik Guru Kanan

Susunan meja yang lebih kemas dan selesa
Bilik Guru Kanan buat rebonding? Ha, jangan terkejut ye. Bukan rambut aje boleh buat rebonding, tp bilik Guru Kanan pun boleh. Guna jari pun boleh. Haha.. Bukan buat apa sangat pun, cuma ada sedikit pembaharuan aje. Bilik Guru Kanan yang lebih familiar disebut Bilik GK ni berserabut dah tengok. Sapa masuk pasti serabut. Ye lah, dengan keadaan lantainya yang kotor dan berdebu, susunan buku meja yang berselerak dan pendek kata memang sakit mata memandang. Dengan inisiatif kami, yang dibantu oleh cikgu yang berpengaruh besar, Cg Rizal, dapatlah satu idea untuk memberi pembaharuan terhadap bilik GK ni. Menurut cg rizal, bilik ini sesuai dijadikan centre kepada data2 yang terdapat di sekolah kita.

Betapa serabainya sebelum dibuat rebonding
Maka, tanggal 23 Feb 2012 iaitu Khamis lalu, pakat la bergotong-royong membersihkan bilik ni. Semua kerusi, meja, almari, komputer diangkat keluar untuk memberi laluan kepada pemasangan tikaq getah. TQ jugak pada En Sopi yang sudi adjust2 dapatkan tikaq ni. Dah niat lama dah nak boh, tp takut peruntukkan tak ada. Mula2 takut tak cukup, boh punya boh, maka ngam2 aje cukup. Lepas tu penyusunan kerusi meja, almari semua lah dibuat. Wah, ramai terpegun, wat cewi mai lepak sini la lepas ni.

Pandangan dari Meja Teacher Mandip
Terima kasih kepada cikgu2 yang sudi membantu dalam menceriakan bilik GK ni. Kepada cikgu Rizal, cikgu Kamal Sulaiman, cikgu Wan Azlen Zalman, cikgu Tarmizi, cikgu Mandip dan saya sendiri bekerja sama demi keceriaan bilik ini. Inilah hadiah yang kami berikan kepada semua 4 orang GK, kerana kami hanya menumpang seketika di sini. Perjalanan kami semua masih jauh, tah esok lusa x tahu lagi kami ke mana. Terima kasih kerana sudi menerima kami menjadi warga Bilik GK.

Eee.. kotornya, sebab tu kami perlu buat keceriaan bilik ni. Mujurlah pihak pentadbiran membenarnya. Kalau dok tunggu sebulan 2 lagi, ular sawa pun wat port lena dia

Cikgu Zalman sedang menyusun buku2 dan kertas2 yang tidak digunakan supaya boleh dijual

Dah siap boh tikaq getah, cantik betul kalau tak dak meja. Pakat2 dok bawah pun best

Hilang penat, lepak sebentar. Kalau bawak mai nasi 1 hidang perghh mesti masyuk ni. Buat la tahlil sepam dua.

Nampak ceria cikgu Kamal bila bilik dah kemas. Buat kerja pun bersemangat waja seperti kereta wajanya

Cikgu Sabri pun suka bila bilik GK dah ceria, leh la dia lepak2 sini selalu sambil menghilangkan ketensionan selepas melayan karenah budak2
 

Rabu, 22 Februari 2012

Jom Masuk Insaniah

Antara wakil KUIN yang hadir
Semalam ada geng2 Kolej Insaniah mai sekolah. Dalam fikiran saya dok fikir dah, ni mai mesti nak promote budak2 masuk kolej depa. Memang betui pun. Depa mai nak buat skit taklimat berkaitan dengan kursus2 yang ditawarkan di Insaniah. Oh lupa nak bagitau, Kolej Insaniah lani dah bertukar nama iaitu Kolej Universiti Insaniah ataupun KUIN.. Tau KUIN? Bukan kuining, tu buah macam buah mempelam tu. Kehadiran depa 4 orang semuanya, disambut oleh cikgu Badri. Saya dok tengok cg Badri punyalah bizi, so saya jengok2 la sat kat dewan sambil2 nak snap gambar untuk blog ni. Untuk taklimat ni memula bagi pada pelajar tingkatan 5G, 5C dan 5A, pastu nampak macam tak ramai aje, saya pi panggil tingkatan 4G sama.

Paklong KUIN sedang bagi ceramah
Brader sebelah ni tah apa nama, dia la dok bagi taklimat awal. Kebanyakkan isi kandungan ceramah depa berkisarkan kepada kursus2 yang ditawarkan yang bersesuaian dengan pelajar kita. Lepas tu depa cakap2 skit pasal prasyarat nak masuk, dari segi berapa kredit yang diperlukan dan macam2 lagi. Saya tak la pi dengar mana sangat, tapi benda2 ni standard la depa akan cakap. Tak kan depa nak cakap pasal cara2 nak tanam pokok cabai kot. Mesti la promote. Tapi biasa la budak2 kita, hat mai tu cakap KL, budak2 pun mengajuk la. Tu rasalah last kot depa mai, tahun2 depa sah tak mai dah. Apa2 pun ucapan terima kasih kepada geng2 yang mai promote KUIN kepada pelajar SMK Kuala Pegang. Diharap pelajar yang mengikuti ceramah tu dapat tau serba skit tentang dunia pengajian diperingkat yang lebih tinggi. 

Para pelajar dok menunggu kehadiran penceramah, tak mai lagi

Bengang cikgu Badri sebab kerusi banyak kosong kat depan, pelajar wat dek aje dok belakang. Main aci nyorok ker

Ni muka2 semangat dok menunggu taklimat

Ha,ha, ha, sat ja, pastu pakat layu habis

Maklong KUIN ni mesti teruja dengan IPad cikgu Badri. Mesti dok tanya beli tang mana, berapa harga, bleh utang ke dak

Pegawai KUIN ni semangat betul bagi kata2 aluan memperkenalkan KUIN kepada pelajar

Alang2 mai, siap bawak banner lagi. Ni dia antara kursus yang ditawarkan

Selasa, 21 Februari 2012

Kisah Suka Duka APDM

Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
Ustazah Zaleha tekun mengemaskini data
Lupa nak bagitau semua hari Khamis yang lepas, saya buka la emel sekolah, ada surat tentang pengemaskinian data APDM. saya tau lama dah menantang ni, tapi dah surat tak sampai sekolah, maka wat tak tau je la. Bila sampai petang khamis, so hari Ahad saya buat sedikit taklimat pada guru kelas. Punyalah kelam kabut cikgu2 kita, sedih ada, suka ada, kesian pun ada. Apa taknya, kena siapkan sebelum hari jumaat. So hari tu full day saya wat taklimat aje kat Pusat Akses. Ada yang buat siap, ada yang tak siap, ada masalah server, ada masa itu ini. Maklumlah, tahap kecekapan setiap orang tak sama. Saya ni punyalah semangat nak buat dokumenatasi sampai terlupa ambik gambar.

Cikgu Amzar pun rajin jugak. Baguih2..
So semalam saya dok nampak cikgu Amzar dengan Ustazah Zaleha dok wat pengemaskinian data, saya pun suruh depa action la sat bagi ada bukti yang pengemaskinian dibuat. Kepada cikgu2 kelas, saya nak minta maaflah atas segala kesulitan yang terpaksa cikgu harungi. Saya hanya menjalankan tugas sahaja. Kadang2, kita tau cikgu2 banyak juga kerja lain, tapi saya yakin cikgu2 di SMK Kuala Pegang semua baguih2.. Tu dia terbukti dok ada, semua bagi perhatian semasa saya buat taklimat. Terima kasih kepada cikgu2 semua. Jangan lupa dateline ye cikgu2.. Selamat mengemaskini...

Personaliti : Mohamad Fauzi bin Mohd Seri

Ini adalah kali pertama saya coretkan tentang seseorang di dalam blog ini. Beliau yang dimaksudkan adalah Mohamad Fauzi bin Mohd Seri. Kepada peminat cobra mesti kenal siapa dia. Kepada yang lain, saya kenalkan lah. Beliau adalah kapten pasukan cobra U15 dan penjaring terbanyak kita. Saya amat tertarik dengan kebolehan beliau bermain bola. Rasa2nya 1 hari nanti kalau dia ada displin yang tinggi, kuat berusaha, mana tahu dia bakal jadi pemain bola sepak yang disegani. Di ruang ni saya nak bagi biodata skit tentang diri dia. Kepada Fauzi, jangan putus asa atas kekalahan cobra, yang penting teruskan berusaha dan tunjuk potensi diri anda. Selamat berjaya. Tahniah...

MOHAMAD FAUZI BIN MOHD SERI
 
  • Nama Penuh : Mohammad Fauzi bin Mohd Seri
  • Umur : 15 Tahun
  • Tarikh Lahir : 18 Feb 1997
  • Alamat : No 79A, Pekan Kuala Pegang, Baling
  • Tingkatan : 3 Azam
  • Anak Ke Berapa : 4 daripada 9 adik beradik
  • Nama Waris : Mohd Seri bin Zainul Abidin
  • No Jersi : 2
  • Cita-cita : Pemain bola sepak
  • Hobi : Memancing
  • Kegemaran Lain : Bermain badminton dan sepak takraw
  • Pencapaian Dalam Bola Sepak :
    • Bawah 15 Tahun (2012), Naib Johan Peringkat Zon Kuala Pegang
    • Bawah 12 Tahun (2009), Peringkat Zon Kuala Pegang

Isnin, 20 Februari 2012

Sejenak Di Kelas Pendidikan Khas

Bilik darjah Pendidikan Khas berdiri megah dari tahun ke setahun
Senarai Guru & Staf Pendidikan Khas SMKKP
 
1. Cikgu Jukhairi Japeri (PK Pendidikan Khas)
2. Cikgu Mohammad Khairurazi Hussain
3. Cikgu Mohamad Anas Mohamad Saman
4. Cikgu Suzaina Liza Ahmad
5. Cikgu Noor Aidawati Mat Hassan
6. Cikgu Siti Syafawati Mohd Anuar
7. Cikgu Nur Hanizah Zakaria
8. Cikgu Hazlina Mat Sapar
9. Cik Siti Rabitah (Pembantu Pengurusan Murid)
10. Cik Noorhafizah (Pembantu Pengurusan Murid)


Cuba anda tengok senarai nama di atas, dan fikir dan fikir dan terus berfikir. Apa yang anda fikirkan? Hebatkan.. Memang hebat. Nama2 di atas cukup hebat. Mari saya cerita satu demi satu.


Tekun sungguh cikgu2 pendidikan khas ni
Cikgu Jukhairi sebenarnya seorang yang pakar dalam protokol. Setiap percakapan dan hujahnya mempunyai rujukan yang kuat. Jangan main2 kalau nak berdebat dengannya. Untung kita ada cikgu hebat macam ni. Cikgu Khairurazi pula seorang yang hebat dalam kewangan, apa taknya. Harta2 dah bergunung2, semua satu Kupang ni, bukan dia yang punya hehehehe...Dan kelebihan dia, dia ada Ipad.. wow Ipad.. I Love it.. Seterusnya cikgu Anas, hangpa kenai dia dengan coach Cobra aje, tapi hangpa taktau dia lulusan apa? Nak tau? Dia lulusan Psikologi woo.. jangan main2, salah haribulan hangpa kena psikologi dengan dia.


Cikgu Khairurazi, pelopor pertama Pend Khas
Sapa lagi, ha.. Cikgu Aidawati dengan Cikgu Suzaina Liza. Puak dua orang ni lepasan Ijazah Pengurusan tau. Bab2 nak urus bendalah kecik ni kacang aje depa wat. Kadang2 malu dengan depa sbb kita ni x reti mana pun bab2 pengurusan. Leh kot jadi mentor saya lepas ni. Cikgu comel molek, Cikgu Syafawati lagi hangpa terkejut. Sebab pa? Dia ni orang meki.. tau meki tu menatang pa? Mekanikal la macha. Wo, bab2 enjin tok sah dok main la, kalah kita wo. Ni sorang lagi cikgu, Cikgu Hanizah. Hangpa tengok aje camtu, cuba tanya bab Account tengok. Uih, Ijazah account maklong sorang ni. Last sekali cikgu rempit ni, gen2 dia mak aih, sekali start, terkejut Pakdin tengah kira duit. Cikgu Hazlina ni adalah lulusan Sains Politik. Kemaih, ada orang pandai politik dalam sekolah kita. Wah wah wah, minggu depan suruh dia berucap atas stage pa...


Hasil kreativiti pelajar Pendidikan Khas
Hebat hebat hebat cikgu pendidikan khas sebenarnya. Complete set lengkap segalanya. Tu tak masuk dengan Pembantu Pengurusan Murid ni. Depa 2 orang ni ada ijazah wo, jangan memain. Cik Hafizah ada ijazah dalam Sains Perpustakaan. Patutlah bilik Pendidikan Khas dah jadi mcm library dah. Cik Rabitah pulak ijazah dalam kewangan. Ooo tak dak masalah la bab2 duit ni. Untung sungguh puak2 pendidikan khas ni. Apa2 pun kami ucapkan terima kasih atas semua warga pendidikan dan pengurusan pendidikan khas. Anda melakukan kerja2 mulia. ada rezeki hulur skit sekupang dua kat saya yang dok promote ni. Bandung cincau Pakdin pun jadilah.. Ada Bran??


Antara pencapaian pelajar Pendidikan Khas, sebenarnya ada banyak lagi. Tapi dok dalam semua. Nak tengok nanti saya snap.

Wow... Ada Bengkel Dalam Sekolah...

Tu dia bilik MPV Khas
Hangpa jangan tak percaya yang kita ada bengkel motorsikal dalam sekolah. Kalau tak percaya cuba pi area2 blok Pendidikan Khas tu ada 1 bilik terpampanglah signboard ini. Tang mana? Kat sebelah koperasi aje. Mudahkan nak cari. Tu dia, nampaknya kelas Pendidikan Khas kita sudah melangkah setapak lagi, eh bukan setapak dah, dah 20-30 tapak ke depan dah. Mau taknye, sapa tak tau mesti terkejut ada bengkel motorsikal dalam sekolah. Sebenarnya ini bukan bengkel main2, bukan bengkel untuk mat2 rempit modified motor ke, setup enjin ke apa2 ke. Tapi ini adalah salah satu inisiatif dari pihak pendidikan khas SMK Kuala Pegang untuk memberi kemahiran asas tentang dunia permotoran terutama dari segi baik pulih motorsikal.

Aktiviti mengecat motorsikal perlu ketelitian
Tahniahlah kepada cikgu2 pendidikan khas yang terlibat menjayakan bengkel ni. Bagus bengkel ni ada, sekurangnya budak2 pendidikan khas ni keluar nanti boleh gak jadi pomen2, buka bengkel sendiri ke, tah2 jangan terkejut depa jadi tokey motor. Buat motor jenama sendiri. Hangpa pulak pi beli. Hahaha. Oh ya, bengkel ni diberi nama MPV Khas, bersesuai dengan temanya dan peranannya memberi kemahiran vokasional kepada pelajar pendidikan khas. Tapi menurut Cikgu Khairurazi, bukan semua yang diberi kemahiran ni. Hanya pelajar yang berminat sahaja akan diberi pendedahan. Bukan senang nak kawal, nanti depa wat berminat, repair motor, jadi motorbot ka, payah2.

Lepas habis cat, pasang la pulak
Lupa nak bagitau, saja nak promosi skit kat kawan2 yang ada, sapa2 nak cat motor lama2 boleh la hubungi Cg Khairurazi. Saya rasa bukan cat aje, maybe nak repair motor2 tersadai pun boleh gak. Apa2 pun contact la Cikgu Khairurazi, bincang2 mana tau dapat special harga punya. Ni promosi, takdak percent ke cikgu Razi? Huhuhu...

Kreatif sungguh, motor yang buruk tadi, dicat semula dan dipasang kembali. Tengok, nampak cantikkan?
Sesi nak buka enjin. Maknanya, depa tak hanya mengecat, tapi nak repair enjin ka, semua bolehlah.

Tu dia, Wafi berposing dengan enjin yang telah direlaikan. Ha dok cangak lagi, boh apa2 yang patut

Ada motor2 yang barai macam ni pun bawai mai ja, bagi depa buat cantik2

Sabtu, 18 Februari 2012

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama

Cikgu Shukri Rejab, GC KHB
Ni cerita pagi tadi. Sapa tak mai rugilah sebab tak leh makan free. Sapa yang mai pun jadi pening, tapi ilmu dapat. Itulah gara2 pentaksiran berasaskan sekolah ni. Penceramah kita hari ni adalah Cikgu Shukri Rejab, Guru Cemerlang KHB, SMK Baling. Wah, wah wah.. Lama tak jumpa cikgu ni. Bekas cikgu KHB saya dulu ni. Memang berpengalaman dan juga sekrang merupakan JU kebangsaan. Memang dia sungguh2 masa bagi taklimat, tapi biasa la, benda tak ada depan mata memang susah. Memang dia cakap, kalau dok dengar saja, x buat lagi, memang rasa susah. Dah 2-3 tahun dok buat, rasa macam kacang aje. Lega rasanya.

Antara guru yang hadir, eh mana gambar saya?
Tahniahlah kepada cikgu2 yang hadir walaupun ada 17 orang lagu guru termasuk pengetua membuat LDP 2 hari di Gubir. Harap2 depa balik ni, leh la kot bagi sekor dua ikan keli ke, toman ke, jaws ke, mana la tau kalau ada hehehe. Berbalik kepada LDP tadi, saya harap guru2 yang hadir dapat cuba memahami dan mengaplikasikan apa yang difahami. Memang sukar terutama dok dengar perkataan Band, Band, Band aje. Yang saya tahu dalam dunia ni ada 2 band aje yang cukup popular, Band MUET dengan Wali Band huhu..


Antara cikgu perempuan yang hadir

Otai KHB tekun mendengar taklimat dari Master Otainya


Nampaknya Kak Liza tekun mendengar disamping Ustazah Rohani yang dah suam2 kuku. Maklumlah semua dok rasa lapaq

Cg Kamal pun dah mula santai, tak lama lagi lena la tu

Adik dan abang masih tekun mendengar, maklumlah abang nak turunkan ilmu pada adik
Bab makan semuanya laju jer
   
Tu dia senyum lebar bila dapat tau kursus dah nak abes.